Friday, February 10, 2012

Shopping buku

Hye...lama tak update, keh keh keh..sampai ada orang bising suh update. Yer la, yer la aku update sekarang. 

Tadi baru lepas shopping buku...diulangi SHOPPING BUKU. Kelass kau!!! Selalu shopping kain baju kan..Sempena Makcik Kayo!!! tadi aku dah pergi memperabiskan lagi RM100 baucarnya dengan Elissmie di Kedai Buku UiTM. Di kedai buku UiTM, semuaaaaa boleh beli kecuali topup. Last week pegi MPH kat Kedah, buku dengan stationery ja boleh beli, majalah tak boleh...

 

Ok bagi yang tak tau syarat-syarat penggunaan baucar, belakang tu ada. Jangan nak pegi jual dalam Mudah.my pulak. Orang dah bagi free boleh pulak dia pegi jual. Dasarr...banyak benda boleh beli dengan baucar RM200 tu kot...


Contohnya.....ini...

 

Sampai sticky pad pun beli. Ewahh...bila ada duit FREE ni kan, tetiba tak tau nak beli apa. Bila tak dak duit, macam-macam nak beli. Lagi best kalau baucar buku tu tetiba secara magik bertukar menjadi baucar JUSCO....hua3x..

Setakat ni dah habiskan nilai RM150. Banyak boleh beli sebenarnya dengan baucar yang kerajaan bagi tu. Yang atas ni jer dah seratus ringgit. 50 ringgit pulak dah habiskan beli satu buku untuk mak aji, satu buku buat hadiah kahwin, satu buku untuk adik lelaki. Beli di MPH, total semua 3 buah. So tinggal lagi 50 ringgit jer lagi. Tu maybe nak spend untuk beli alatulis masuk kelas nanti.. 

Aku pun tak faham apsal la dorang boleh jual baucar ni..memang musibat betul! Apa pun, pembelian paling bermakna adalah....

Majalah Jelita dan Intrend

Kahhhhhhhhhhhkahhhh.....

Sejak bila menjadi ayu sebegini rupaaa??? Sebenarnya Jelita tu untuk Elissmie dan Intrend untuk aku. Motif beli majalah-majalah ni semua???!!! Sebab nak body wash LUX Free tu ha...hahahaa...suka sungguh barang free kan...:P

So yang belum belanjakan lagi baucar korang tu, silakan belanja secara berhemah ya. Aku dah dapat apa yang aku nak sangat sejak sekian lama. Seronok! Kalau korang tak tau nak belanja apa dengan baucar korang, bak sini aku boleh tolong kerjakan....hahaha....


Friday, February 3, 2012

Dividen Tabung Haji 2011 sebanyak 6%

I like berita macam ni...;)

Baca kat blog Sharinginfoz tadi pasal dividen Tabung Haji tahun 2011. Tahun lepas dapat dividen sebanyak 5.5%. Oklah tu ada peningkatan. Yang penting simpanlah duit dalam Tabung Haji sebab dia dah siap-siap tolak zakat..

Lagi berita di Berita Harian.


p/s: Nak tunggu pengumuman dividen KWSP pulak...berapa agaknya ya? :)

Wednesday, February 1, 2012

Makcik Kayo!!!

 

Kau hado???

Nak gi shopping novel Ombak Rindu, Gemersik Kalbu, Bicara Hati..

Ok bai~


Minggu lepas, yakni selepas raya Cina temankan mak aji pergi mendapatkan itu angpow Bantuan Rakyat 1 Malaysia di Kompleks Penyayang Kuala Muda, Jabatan Kebajikan Masyarakat.. Ini nama dia rezeki, alhamdulillah. Punya la ramai kauu nak amik duit free...termasuklah kami..hik3...

Sebenarnya, bantuan RM500 tu sangat sedikit amaunnya bagi kita yang dibandar ni tapi untuk orang-orang yang susah/miskin sangat besar ertinya. Macam mak aji, bantuan yang dapat RM500 tapi hutang piutang yang menunggu untuk dilangsaikan RM600 lebih. Dah jadi -RM100..camna tu? haha..

 
Look at the crowd..

Mengikut surat jemputan kena datang 8.30 pagi tapi dah dekat 9.30 pagi belum pun dapat duitnya. Oh rupanya ada majlis ucapan pang pung pang bagai dulu. Mujur la banyak kaunter dibuka dan urusan penyerahan baucar sangat lancar. Sekejap jer dah boleh cash kan baucar RM500 tu sebab kaunter untuk penyerahan baucar dan duit diasingkan...Warga emas juga diutamakan dahulu..


Yang nak ambil baucar hanya seorang tapi yang tolong teman tu 4 5 orang.. Mana la tau kot-kot boleh dapat tempias. Lepas dapat RM500, kita pi makan ikan siakap 3 rasa...ewahhh..


FYI, baucar tunai RM500 ni boleh juga di'cash'kan di bank CIMB atau BSN tapi kalau pegi sana lagi lambat nak tunggu sebab di bank terdapat pelbagai urusan lain lagi.So lebih baik cash kan terus jer kat sini. TQ kerajaan! Bagi pihak mak aji la...:P

p/s: kaunter bayar bil elektrik dan air juga di buka pada hari kejadian..:P


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...