Tertinggal entry best? Boleh baca balik di sini...

Monday, January 10, 2011

Azam Tahun 2011 | Contest MatJoe

Walaupun dah 10 hari di tahun baru 2011, tapi enjin azam baru aku masih panas. Yerlah harapnya panas sampai aku mencapai azam tu la yer, bukan panas sampai ke petang jer. Ni kat Shah Alam tengah hujan ni, sejukkkk...oopss! Mula-mula tak mau reveal azam aku tahun ni, tapi disebabkan cookies Kak Ina KL punya pasal, so mari kita join contest Mat Joe..

Menurut seorang kaunselor-lupa-nama yang aku tonton beberapa minggu lepas dalam Wanita Hari Ini, azam adalah keinginan untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Dan dari keinginan itu, akan timbul la cita-cita seperti yang kita list out kan setiap kali tibanya tahun baru..

Jadi pada tahun 2011 ini, mari kita lihat sama-sama antara yang aku cita-citakan...


1) Aku nak sangat pergi umrah. Lepas aku dengar rancangan Halaqah yang bertajuk "Di sebalik Kaabah", sungguh terasa betapa besarnya kekuasaan Allah. Tak tercapai dek akal rahsia di sebalik Kaabah.


2) Aku nak settle kan hutang Kancilbiru yang hanya tinggal beberapa bulan saja lagi. Rasa macam nak keluarkan semua duit simpanan buat settlement tapi sayang la pulak..hahaha...

 

3) Lepas selesai hutang kereta, baru nak start fikirkan pasal rumah. Sebab nak pakai loan gomen..hehe.. Aku ni sekarang tengah kopak kan sebab belajar lagi. Mana nak cekau duit banyak-banyak nak buat semua ni sekali harung. Sekarang ni tengah berjimat-cermat ikut gaya Matjoe.. Jimat selagi boleh! Wohhaaa...

4) Melebarkan sayap bisnes ke Utara. Kalau boleh nak menjana income sebanyak 5 angka pulak dan nak capai target pergi melancong FREE!! Nak buat simpanan banyak-banyak selagi termampu..insya Allah...

Simple jer dengar azam aku ni kan? Tapi nak capai tu makan modal gak la..hehehe. Banyak lagi kalau nak diikutkan tapi tu semua simpan dalam hati jer...hahaa. Korang doakan lah aku berjaya mencapai azam ni sekaligus memenangi contest Matjoe ni ya...hahaha.. Hadiah-hadiahnya lumayan jugak sebab contest ini dianjurkan oleh:
 Matjoe 
Eyriqazz (rm 50) 
Kak Ina KL (cookies rm50)   
AbangEnsem (6 ebook, rm120)
Kak Yon (3xrm10 topup, rm30)  
Tinihani (4 ribbon brooch, rm20)

KB: Saya nak cookies Kak Ina KL!

13 orang dah parking kat sini:

  1. aku tak tahan kalau tengok gambar rumah.... sebab target aku nak balik utara supaya aku dapat memiliki rumah sendiri... huhuhu

    ReplyDelete
  2. betullah org kata, bila kita tulis azam tu..nmpk lbh jelas kan? Kalo tak tulis ia lebih kepada angan2...p/s: saya? tak tulis pun..semoga sukses

    ReplyDelete
  3. tahniah!! aku doakan hajat hang tercapai ya

    ReplyDelete
  4. wah.tengah blajar pon boley setelkan utang,kira dasat la tuh..hu3

    ReplyDelete
  5. @maslinamansor
    tu la kan..aku pun rasa nak balik beli umah kat sana..

    ReplyDelete
  6. @mrsboan
    ekeke awat hang tak tulis...takpa ini sebagai peringatan kepada diri sendiri...:)

    ReplyDelete
  7. @aleen aiden
    yeahh kita buang sekali harung mana yang boleh..hehhe

    ReplyDelete
  8. KB: Yelah teringin nak pegi umrah....

    ReplyDelete
  9. @azzey
    insya Allah ada la rezeki kita nanti tu ya..

    ReplyDelete
  10. KB, alamak aii, lambat terjah balik. hasanah not well. skng br cam ok.

    tq join. hmm, part umah tu, xyah tunggu utnag kereta abis pon dh buleh.

    jgn lupa vote gambar kt facebook bila i upload nnti

    ReplyDelete

Tak nak parking ker?
Jangan risau. Parking kat sini tak kena bayarr..
Free Of Charge.. Terima kasih..
Sila datang lagi...:D

 
2012 All Right Reserved | Kancilbiru.com | The Only Kancil That Blogs!.
Design by LizQasandra