Tertinggal entry best? Boleh baca balik di sini...

Monday, April 18, 2011

Blog yang tak guna akaun Google untuk login akan dihapuskan | Tutorial tukar nama email login di blog


Mengikut maklumat yang dibaca pada blog Kujie2.com, Google akan menghapuskan semua blog yang tidak menggunakan akaun Gmail untuk pendaftaran masuk/login bermula 25 Jun 2011 ini. Jadi sebelum akaun korang terbang bersama 'fulus-fulus Nuffnang', sila ambil tindakan segera dengan menukar email login di blog. 

Lihat cara-caranya di bawah. Terima kasih kepada Kujie2.com kerana berkongsi maklumat ini...
1. Create akaun gmail
Dah ada? Kalau dah ada baru kita mulakan kelas. Kalau belum, create akaun gmail dulu.

2.  Sign in blog macam biasa ( guna email yahoo -contohnya ). Pergi Settings > Permissions > klik Add Authors >  Masukkan email  gmail > klik Invite.

3.  Login akaun gmail > ada email jemputan > klik link untuk pengesahan . Ada notis ” To join this blog as an author, accept the invitation by signing in with your Google Account here”. Jangan takut, klik saja ‘here‘ dan kita dibawa memasuki dashboard blog tersebut.

4.  Logout dari akaun gmail tersebut dan login pula menggunakan email yang mula² ( yahoo )

5.  Pergi kat Settings > Permissions > ada nickname dan email yang baru kita add tadi sebagai author. Klik grant admin privileges.

6.  Nickname lama dan email lama boleh di remove, Sekarang blog tersebut menggunakan akaun gmail sepenuhnya.

P/s: Kalau ada 3-4 blog lain , ulanglah langkah ini sehingga  kesemua blog berkumpul di bawah satu username sahaja.

31 orang dah parking kat sini:

  1. nak kena buat ni. nanti tak pepasal blog terdelete oleh google. hiks

    ReplyDelete
  2. ish betul ke..saya punya akaun guna yahoo laa...nak kena tukar la ni. Senang je kan..

    ReplyDelete
  3. ishhh...penin2 dok bacanya, bila nak buat tah...

    apa pun thanks niza for sharing...

    ReplyDelete
  4. thnks!!!
    saya dah bjaya mngelakkan blog dpadam...

    ReplyDelete
  5. nak tanya,kalau saya tukar akaun gMail..adakah akaun Nuffnang saya kena edit atau ada tak apa-apa kaitan akaun Nuffnang dengan gMail yang ditukar tu?

    ReplyDelete
  6. uwa... dni guna yahoo.. nak kena tuka gmail ni. thanks kak!

    ReplyDelete
  7. ermmm dah guna gmail dah rasanya...
    kena double check nie...

    ReplyDelete
  8. tq niza...
    dah selesai tukar dah

    ReplyDelete
  9. nasib baek memang dah guna gmail..hehe

    ReplyDelete
  10. @Nur Hanani
    ha ah baik g tukar sebelum apa2 berlaku..:)

    ReplyDelete
  11. @Cik Wanie Ghani
    sama2..akak pun share dari kak jie..:)

    ReplyDelete
  12. @JunAina
    buat cepat sebelum terlambat..hehehe

    ReplyDelete
  13. @Nur Hanani
    kat nuffnang tak dak apa yang perlu ditukar..jgn risau..:)

    ReplyDelete
  14. @rasp
    baik dabel check supaya tidak kelupaan.

    ReplyDelete
  15. @KiD
    bagus...kongsikan ya..kalau rajin..:P

    ReplyDelete
  16. tak pun bertukar kepada domain dan hosting sendiri..... ;-p

    ReplyDelete
  17. oh..thank youuuuu!aku dah tukaq la la niii jugak.hehe

    tp kan,blog2 yg kita folow pakai email sblm ni tu,kena re-follow balik la....hihihi.sabaauuu je lah.sbb dia takde kat dashboard tu.kosong jeee....

    ReplyDelete
  18. amboi kan main garang lagi google sampai nk delete blog yg tak guna gmail..mmg saham google/gmail eh blogspot nih? hehe cek tak tau sejarah.. :P

    ReplyDelete
  19. kene tukar la aeh...
    thanx for info.. :)
    na share leyh?
    t credit ke sni ae.. :D

    ReplyDelete
  20. @hazman aka species1980
    itula terpikir gak tapi tak pandai sangat pakai wordpress tu..huhuhu

    ReplyDelete
  21. @aS_c0mei
    oh yang tu tak sure la pulak..ada kot setting dalam tu..

    ReplyDelete
  22. @lydzar
    dia malas nak maintain kot..ramai sangat pengguna selain dari gmail lupa pwd dia malas nk tolong...hahaha..

    ReplyDelete
  23. nak tukar gmail ke gmail yang baru cm ner erk????

    ReplyDelete

Tak nak parking ker?
Jangan risau. Parking kat sini tak kena bayarr..
Free Of Charge.. Terima kasih..
Sila datang lagi...:D

 
2012 All Right Reserved | Kancilbiru.com | The Only Kancil That Blogs!.
Design by LizQasandra