Tertinggal entry best? Boleh baca balik di sini...

Friday, July 6, 2012

Dapat free gift roda impian Nestle Fitnesse Cereal

Tadi waktu rehat pegi jalan-jalan ke Giant Seksyen 13. Asalnya nak teman ofismate Kak Ema jer. Sekali masuk bahagian groceries terbeli benda lain plak. Kebetulan ada seorang salesgirl tu tengah promosi Nestle Fitness dan bagi tester untuk dirasa.

Aku memang suka beli cereal ni sebagai kudapan. Selalu beli honey stars yang kotak kecil X 6 paket tu kan. Lebih baik kudap-kudapan kita makan makanan macam ni daripada makan jeruk, asam atau kerepek. Kat rumah dan ofis memang ada stok tapi sebab dah habis, nak try la yang ni.

Di Giant tu tengah promosi harga asal RM13.80 sekotak, tapi kalau beli sekarang dapat harga RM12.00 dan boleh join RODA IMPIAN Fitnesse Cereal. So hati kecik aku mengatakan suruh join. Hahaha...lalu aku pun beli sekotak untuk melayakkan aku join contest tu. Tak membazir pun, sedap pulak tu.

Ala roda impian macam ni...

 

Lepas beli, bawak resit pegi kat adik tu dan pusing roda impian tu..

 
Dapat la sekotak lagi Fitnesse Cereal saiz besar uolssss dengan FREE CD EXERCISE...

Miahahaha....ehhh perli nampakkkkkkkk....nak suruh aku exercise eh. Actually memang target nak dapat yang kotak tu pun. Ada hadiah lain gak macam Koko Krunch, Ice lemon tea peket tapi hadiah aku dapat paling besar. SILAKAN JELES!! Kak Ema pun dapat gak weeee......SILAKAN JELES LAGI!!!

 

Jadi harini, aku beli NESTLE FITNESSE CEREAL dengan harga RM12.00 untuk 2 kotak. Rezeki hari Jumaat. Sesiapa yang nak, silakan terjah Giant Seksyen 13 Shah Alam ya. Stok terhad, siapa cepat dia dapat. 

Tapi aku nak pesan, korang tak yah la beria sangat pusing roda tu. Korang target mana hadiah korang nak, then pusing jer bagi arrow tu sampai ke hadiah korang. Salesgirl tu akan bagi je apa hadiah korang nak asalkan stok ada dan korang bayar dulu...hahaaha....senang kan? Jangan risau sebab akan tetap dapat hadiah tinggalnya kecil atau besar jer hadiahnya...

Alhamdulillah. Rezeki hari jumaat....:)

6 comments:

  1. uiii..rezeki yang sihat lagi menyihatkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..itu le pasal..mmg nak suh sihat dan kuat.

      Delete
  2. Untung laaa... lepas nie confirm makin la ko yea... Leh pakai kebaya nyonya gi opis... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki yang tak dijangka...alhamdulillah..

      Delete
  3. Replies
    1. tu la...benda2 free ni mmg best...:P

      Delete

Tak nak parking ker?
Jangan risau. Parking kat sini tak kena bayarr..
Free Of Charge.. Terima kasih..
Sila datang lagi...:D

 
2012 All Right Reserved | Kancilbiru.com | The Only Kancil That Blogs!.
Design by LizQasandra