Tertinggal entry best? Boleh baca balik di sini...

Monday, July 9, 2012

Tangkap, pancung, bunuh!!!

Semalam ada Forum Perdana bertajuk 'Perangi Sihir' bertempat di Masjid Negeri Shah Alam. Tetamu yang diundang adalah Pak Engku (Perangi Sihir, Astro Oasis) dan Dr. Muhyiddin dari UMP (kalau tak salah). Perghh memang bersemangat betul Pak Engku ni yer. Umur dia dah 60 tahun dan berpengalaman 42 tahun dalam bidang perubatan Islam.

Pak Engku ni memang anti sungguh dengan sihir dan pengamal sihir. Sebab tu dia punya tagline. "Kita tangkap, pancung, bunuh". Dan secara kesimpulannya, amalan sihir jika terkena pada kita sebenarnya boleh ditangkis hanya dengan keyakinan kepada Allah dan kekuatan diri kita sendiri. Pengamal perubatan Islam hanya boleh membantu sahaja dengan izin Allah.

 
 Alamak, lindung tiang plak..

Pak Engku kecil jer orangnya tapi dia punya lantang dan semangat tu, memang konfem jin-jin, iblis, syaitonirrajim lari...hik3. Kalau tak salah, hujung minggu ni diadakan bengkel untuk sesiapa yang berminat mempelajari perubatan Islam ni. Nanti aku paparkan maklumat lanjut.

 

Menurut Pak Engku, Allah kurniakan kita gerak hati dan tanda-tanda awal sebelum terkena sihir. Yang aku ingat, antaranya:
Tanda-tanda awal sebelum terkena sihir:
- hati kita akan merasa gundah gulana, gelisah secara tiba-tiba
- telinga kita akan kerap berdesing
- hujung jari akan terasa seperti dicucuk-cucuk

Jika sihir telah pun masuk ke dalam badan, kita akan kerap:
- Mimpi bayi/menyusukan bayi
- Mimpi jatuh dari tempat tinggi
- Mimpi bergaduh
- Mimpi makan
dan beberapa lagi tak ingat...miahaha...sengal.

Dan jika sihir tu dah menjadi, maka orang itu akan batuk berpanjangan, muntah darah, kurus kering dan lain-lain. Yang ni korang boleh tengok dalam internet pun banyak, google jer. 

Oleh itu, bagi mengelakkan dari terkena sihir, Nabi Muhammad SAW mengajarkan kita supaya mengamalkan surah 3 Qul (Al-Ikhlas, An-Nas, Al-Falaq) sebagai pendinding. Sebelum tidur baca surah-surah tersebut, tiup pada tapak tangan dan sapu dari hujung kepala hingga hujung kaki dan mohon kepada Allah agar kita sentiasa dilindungi dari gangguan syaitan, iblis dan jin.

Semoga kita semua terlindung dari panahan sihir. Wallahualam.

12 comments:

  1. takut no. kita dok pk kita tak dak musuh tapi tanpa kita sedar ada juga org yg buat kita musuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi tu...org zaman sekarang ni, asal tak puas hati ja, sihir.. tak takut neraka agaknya..

      Delete
  2. mmg berguna forum2 cam nih kan~ zaman sekarang makin kuno.. sebab makin ramai yg guna ilmu sihir nih.. tak takut azam agaknye~

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila nafsu menguasai diri, memang tak pikiaq dah semua tu..

      Delete
  3. mak mentua selalu pergi berubat dgn pak engku..pak engku skrng ni dah sibuk sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh ye ke? mmg sibuk dia...ke sana ke mari dengan ceramah dia..

      Delete
  4. Replies
    1. semoga kita dijauhkan dari gangguan sihir. amin.

      Delete
  5. Uiishh.... suspen kejap bila baca tajuk entry ko nie....

    ReplyDelete
  6. wah bestnya, tahniah sebab menulis mengenai pak Engku ya KancilBiru

    ReplyDelete
  7. aritu pegi tapi tak nampak die bace ruqyah..gune lada hitam kut..n byk gelak2..last2 balik dan pg perawat islam gune ruqyah..

    ReplyDelete

Tak nak parking ker?
Jangan risau. Parking kat sini tak kena bayarr..
Free Of Charge.. Terima kasih..
Sila datang lagi...:D

 
2012 All Right Reserved | Kancilbiru.com | The Only Kancil That Blogs!.
Design by LizQasandra